Alan Wake Bakal Diadaptasikan Sebagai Siri TV Dengan Kerjasama Remedy Entertainment
2018-09-13T05:33:31
By: Editorial Team

Alan Wake Bakal Diadaptasikan Sebagai Siri TV Dengan Kerjasama Remedy Entertainment

 

Sebuah rancangan TV live-action Alan Wake tengah dibangunkan oleh Peter Calloway sebagai showrunner dan penulis terkenal dengan rancangan TV Legion dan Cloak and Dagger. Pembangun game dari Remedy Entertainment, Sam Lake menyumbang sebagai penerbit eksekutif, menurut laporan dari Variety.

Alan Wake merupakan game action-adventure sarat dengan naratif thriller dibangunkan oleh Remedy Entertainment pada tahun 2010 untuk PC dan Xbox 360.

Dalam game Alan Wake, korang bermain sebagai seorang penulis novel psiko thriller terkenal bernama Alan Wake membuat keputusan untuk bercuti bersama isterinya Alice di sebuah pekan kecil dipanggil sebagai Bright Falls dengan harapan untuk mengubati ‘writer’s block‘.

Namun, percutian itu bertukar menjadi aneh apabila satu kejadian misteri menyelubungi kehilangan isterinya. Pemain harus mengikuti perjalanan berbahaya dan suram Alan dalam mencari kembali isterinya dan kehilangan memorinya ketika percutian mereka di sebuah kabin bersebelahan tasik luas di Bright Falls.

Semasa Alan Wake dilancarkan 8 tahun lalu, game ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan pemain dan pengkritik kerana game ini berjaya menyampaikan satu penceritaan interaktif kerana berjaya menggabungkan elemen bermain video game ke dalam struktur game berbentuk episodik seperti korang sedang tengah layan drama television sambil bermain game.

Setakat ini, Calloway dan Lake masih tidak mendedahkan apa-apa plot tetapi mereka berharap untuk mengembangkan lagi penceritaan Alan Wake lebih daripada video game. Sebagai penulis Alan Wake, Lake mengesahkan beberapa konsep daripada Alan Wake 2 yang tidak pernah dapat dilancarkan sebagai satu inspirasi atau latar belakang untuk siri TV Alan Wake.

Selain protagonis utama Alan Wake, karakter sampingan lain akan turut serta dalam penceritaan siri TV ini seperti isterinya, Alice dan pembantu Alan, Barry.

Apabila ditanyakan berkenaan sekuel Alan Wake (Alan Wake 2), Lake berdolak dalih dari soalan itu dan hanya menjawab, “Buat masa sekarang, kami tiada apa-apa berita tentang game Alan Wake lain. Seperti biasa, kami akan meneroka peluang terlebih dahulu dan berharap untuk lakukan (game) bila tiba masa yang sesuai.”

Setakat ini, Calloway dan Lake masih lagi sedang mencari saluran TV untuk terbitan siri TV Alan Wake dan akan mengumumkan tarikh pelancaran pada masa terdekat.

Sumber: Variety

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati