World Of Tanks Akan Menerima Update Terbesar Pada Mac 2018
2017-12-27T07:09:10
By: Hazril Md Nor

World Of Tanks Akan Menerima Update Terbesar Pada Mac 2018

 

World of Tanks akan menerima update paling besar tahun depan, memfokuskan kepada soundtrack dan perubahan grafik. Selama 7 tahun membawa masuk sehingga jutaan pemain, kemaskini ini adalah satu penghargaan kepada komuniti.

Menurut laporan daripada Gameinformer, update ini akan hadir pada Mac 2018 dan dipanggil sebagai 1.0. Ia termasuklah enjin grafik baru dan update HD untuk peta dan audio yang dipertingkatkan kualitinya.

25 peta dalam permainan itu juga akan diubah kualitinya menyamai gambaran muka bumi yang sebenar sekali gus membawakan sesi permainan lebih lancar dan responsif.

Update ini pastinya akan mengubah perspektif permain terhadap game ini, satu kemaskini yang sangat dinantikan selama ini. Pemain boleh expect untuk bermain dengan game engine baru yang dinaik taraf berbanding sebelum ini.

World of Tanks dilancarkan di PlayStation 4, PC dan Xbox One.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail