Semua orang tahu Arena of Valor dan Mobile Legends memang popular dengan konsep 5 lawan 5. Tapi pembangun Vainglory, Super Evil Megacorp pun taknak terlepas peluang untuk perkenalkan konsep sama dalam MOBA 3 V 3 mereka.
Pengumuman itu dibuat di Razer 2017 Vainglory World Championship yang berlangsung di Singapura. Ciri baru 5 VS 5 itu tak lama lagi akan datang di Vainglory pada Februari 2018.
Idea ini bukanlah sesuatu yang baru sebab dah banyak Mobile MOBA dengan konsep 5 VS 5. Tapi kali ini Super Evil Megacorp ingin langkah lebih ke depan dengan pembaharuan berikut:
Tapi melihat kepada pembaharuan ini, mod biasa 3 VS 3 pun dah memakan masa hampir 30 minit. Jadi macam mana pula dengan 5 lawan 5? Dengan penambahan 2 naga mungkin ia memakan masa lebih daripada itu.
Apa pun, kipas susah mati Vainglory semua, ini lah masanya korang bersorak sebab tak lama lagi mod yang korang nanti-nantikan ni akan tiba pada tahun depan! Untuk peminat AOV dan ML pulak, ada rasa-rasa nak switch ke Vainglory tak? hehehehe (gelak jahat).