THQ Nordic Memperoleh Hak Milik Ke Atas Francais Alone In The Dark
2018-09-20T03:54:00
By: Hazril Md Nor

THQ Nordic Memperoleh Hak Milik Ke Atas Francais Alone In The Dark

 

Masih ingat Alone in the Dark? Permainan yang memberi inspirasi kepada Resident Evil pada 90an ini masih berada dalam ingatan mereka yang sukakan horror

Pada tahun 2008, Atari bercadang untuk membawakannya kembali di Xbox 360, PS3 dan PC tapi ia tak ‘meletup’ macam keluaran sebelumnya. Pada 2015, Atari sekali lagi ingin membawa siri itu dengan projek Illumination di PC — satu permainan dalam talian tapi tak begitu meriah sambutannya. 

Tapi hari ini, THQ Nordic mengumumkan ia memperoleh hak milik ke atas francais Alone In The Dark dan juga siri RTS Act of War.

Kita masih belum tahu bagaimana THQ akan membentuk francais baru ini. Tapi pastinya entri terbaru dari francais ini memang ditunggu oleh peminat termasuk penulis sendiri.

Diharapnya Alone In The Dark akan mempunyai hala tuju baru yang boleh memberi ketakutan kepada peminat seperti dulu-dulu. Harap-haraplah!

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail