Tencent Memiliki Saham Majoriti Grinding Gear Games, Pencipta Path Of Exile
2018-05-22T08:03:33
By: Hazril Md Nor

Tencent Memiliki Saham Majoriti Grinding Gear Games, Pencipta Path Of Exile

 

Tencent nampaknya ingin memperluaskan lagi empayarnya dalam pasaran permainan video dengan memegang saham majoriti syarikat Grinding Gear Games yang terkenal dengan permainan aksi RPG, Path of Exile.

Tapi pemilikan ke atas studio ini bukanlah bermakna Tencent akan mengganggu content direction dan hala tuju permainan ini. Grinding Gear mengesahkan mereka akan kekalkan status sebagai syarikat yang independent dan tiada gangguan pada operasi. 

Apa yang berubah ialah penambahan kakitangan yang mana menurut Pengarah Urusan, Chris Wilson mengatakan akan menambahkan dari 114 pekerja sepenuh masa kepada 130. 

Selain itu, Grinding Gear juga dalam pertimbangan mengeluarkan permainan baru dan dengan penambahan kakitangan ini, mampu membuatkan objektif ini menjadi kenyataan.

Walaupun Tencent memiliki 80% saham di dalam syarikat New Zealand itu, Chris juga menjamin pemain Path of Exile tak akan berdepan sistem pay to win untuk masa akan datang. Perancangan seterusnya, mereka sedang membangunkan 4.0.0 dan akan memasuki fasa Beta pada awal 2020.

Sumber: PC Gamer

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail