Selangor Red Giants OG Esports (SRG) berjaya mencipta sejarah dengan memenangi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) MY musim ke-16 semalam dengan menewaskan pesaing, CG Esports (CG) di perlawanan grand final best of 7 sekali gus menjadi juara empat kali berturut-turut.
SRG nyata tidak memberi peluang kepada CG dengan mendapatkan kemenangan bersih meskipun mengalami sedikit goyah di perlawanan pertama di mana rata-rata penonton mengatakan ia perlawanan yang seri dari segi kekuatan serta draft.
Sementara itu, Jungler SRG, Muhammad Haqqullah (Sekys) berjaya dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai di Finals (FMVP).
Kedua-dua pasukan layak ke kejuaraan dunia MLBB, M7 yang bakal dianjurkan di Jakarta pada Januari depan.