Spider-Man PS4 Akan Mengambil Masa 20 Jam Untuk Dihabiskan
2018-08-28T10:23:38
By: Hazril Md Nor

Spider-Man PS4 Akan Mengambil Masa 20 Jam Untuk Dihabiskan

 

Spider-Man dah nak keluar jadi mesti korang terfikir berapa lama ambil masa untuk habiskan game ini kan? Pengarah Komuniti Insomniac Games, James Stevenson mendedahkan ia mengambil masa 20 jam!

Jangka masa ini adalah mengikut rata-rata pemain yang bermain difficulty yang dah ditetapkan dan hanya menyelesaikan beberapa tugasan dan aktiviti. Bagi korang yang suka meneroka dan mendapatkan kesemua achievements, pastinya lebih lama. Ini termasuklah menempatkan diri korang dalam pertarungan yang sangat mencabar atau menyelesaikan setiap misi sampingan.

Bagi yang belum tahu, kesemua permainan video milik Imsomniac mengambil masa 10 jam untuk dihabiskan.  Sebagai contoh, Sunset Overdrive eksklusif di Xbox One pada 2014 lalu dihabiskan dalam masa kurang 20 jam.

Nantikan kedatangan Spider-Man secara eksklusif di PlayStation 4 pada 7 September.

Sumber: Gamespot

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail