Soulja Boy kini menerima banyak kritikan selepas melancarkan konsol handheld terbarunya.
Tetapi bakal pelanggan menyedari dia hanya meniru dan menukar jenama sahaja produk sedia ada.
Pada tahun 2021, Soulja Boy melancarkan konsolnya sendiri yang merupakan peranti konsol yang digodam dan mempunyai emulasi untuk beberapa permainan video dari Nintendo Switch, 3DS, PS Vita, NeoGeo, Game Boy Color dan pelbagai lagi.

Foto: Revolt TV / Soulja Electronics
Beberapa tahun ini Soulja Boy telah beberapa kali mahu menembusi perniagaan permainan video tetapi semuanya tidak berjaya.
Bulan ini, Soulja Boy melancarkan konsol terbarunya iaitu SouljaGame Flip yang dipasarkan untuk peminat permainan video berprestasi tinggi yang boleh dimain di mana sahaja.
Handheld itu pada mulanya akan dijual dengan harga AS$436 (RM1,800) tetapi ditukarkan kepada harga AS$200 (RM840).

Peranti yang akan dilancarkan Soulja Boy ini terlalu mirip dengan Retroid Pocket Flip 2 Handheld.