Saksikan Kehebatan Adult Gohan Dalam Trailer Terbaru Dragon Ball FighterZ
2017-12-20T10:22:23
By: Hazril Md Nor

Saksikan Kehebatan Adult Gohan Dalam Trailer Terbaru Dragon Ball FighterZ

 

Bandai Namco sebelum ni ada mengumumkan beberapa pahlawan untuk Dragon Ball FighterZ dan Adult Gohan antara karakter yang didedahkan. 

Jom tengok move set terbaru daripadanya. Wow bukan main hebat lagi!

Dalam video tu, Gohan cukup capable dalam adult form dan juga satu karakter yang penting. Bila power up sehingga tahap ketujuh, special move miliknya lebih berkuasa dengan kombo tumbukan dan sepakan dan satu special EX yang boleh knock back musuh sejauh mungkin.

Ini membuktikan dia cukup berbahaya kepada karakter lain terutamanya dengan psycho beam, satu serangan jauh yang cukup menyakitkan.

Kuasa tahap ketiganya juga cukup power dengan panggilan family Kamehameha yang disempurnakan oleh bantuan adiknya, Goten.

Ini bukanlah video penuh tapi dah cukup bukti menunjukkan kekuatan Adult Gohan. Korang boleh saksikan lebih banyak aksinya dalam game ini memandangkan open beta akan dilancarkan pada Januari. 

Walaupun Bandai Namco belum tentukan karakter mana boleh dimainkan dalam fasa itu, tapi semestinya Adult Gohan akan mengambil bahagian.

Dragon Ball FighterZ akan dilancarkan pada 26 Januari di Xbox One, PlayStation 4 dan PC.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail