Saiz Download Permainan Super Smash Bros. Ultimate Agak Besar Untuk Nintendo Switch
2018-07-19T06:57:28
By: Hazril Md Nor

Saiz Download Permainan Super Smash Bros. Ultimate Agak Besar Untuk Nintendo Switch

 

Super Smash Bros Ultimate adalah permainan yang sentiasa dinanti-nanti selepas sekian lama dan nampaknya ia akan turut dilancarkan di Switch kerana penglibatan Nintendo sendiri dalam pembangunan permainan itu.

Tapi sebelum pengguna Switch boleh menarik nafas lega, ia antara permainan paling besar ditawarkan.

Berdasarkan laporan dari Destructoid, Ultimate menunjukkan fail itu akan menjadi lebih kurang 16GB apabila dilancarkan. Ia hanya anggaran kerana masih ada beberapa bulan lagi sebelum dilancarkan. Tapi dengan angka ini, bermakna korang perlu kad memori agak besar untuk nikmati Smash.

Sebenarnya ada lagi game lagi besar seperti Doom dan Wolfenstein II: The New Colossus yang mengambil sebanyak 22-24 GB saiz. 

Kalau korang dapatkan versi fizikal, lagi senang sebab saiz game lagi kecil. Super Smash Bros sendiri mempunyai banyak karakter dari pelbagai siri jadi tak hairanlah kalau saiznya besar sama dengan kandungan ditawarkan.

Bagi kipas susah mati siri ini, pastinya berbaloi dapatkannya di Nintendo Switch pada 7 Disember nanti dalam bentuk digital dan fizikal.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati