Sah! Resident Evil 2 Remake Akan Hadir Pada 25 Januari 2019
2018-06-12T02:16:36
By: Hazril Md Nor

Sah! Resident Evil 2 Remake Akan Hadir Pada 25 Januari 2019

 

Capcom akhirnya mengumumkan Resident Evil 2 remake akan dilancarkan pada 25 Januari 2019!

Pendedahan itu dibuat ketika persidangan PlayStation di E3 yang mana trailer terbaru diperlihatkan. Video itu menunjukkan Leon Kennedy dalam uniform klasik Racoon City Polic Department berwarna biru sebelum berakhir dengan tarikh pelancaran dan pengesahan yang pra-tempah kini dibuka.

Seperti diumumkan sebelum ini, projek Resident Evil 2 remake diketuai oleh Yoshiaki Hirabayashi yang juga produser untuk Resident Evil HD Remaster yang dilancarkan pada Januari 2015.

Projek ini diumumkan pada 2015 yang mana Capcom mengatakan proses pembikinannya masih dalam fasa awal. Tiga tahun kemudian, ia akhirnya selesai. 

Resident Evil HD Remaster dilancarkan pada 20 Januari di PS4, Xbox One dan PC. Ia memecah rekod syarikat itu, menjadi permainan video digital paling laku dalam sejarah merentasi Eropah dan Amerika Utara.

Sumber: Gamespot

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati