Rumor: Sebanyak Tiga Permainan Gears of War Akan Diumumkan Di E3 2018
2018-06-04T06:33:23
By: Hazril Md Nor

Rumor: Sebanyak Tiga Permainan Gears of War Akan Diumumkan Di E3 2018

 

Ura-ura mengatakan Crackdown akan ditunda sehingga tahun depan dan Microsoft akan memfokuskan francais lain tahun ini. Apa dia? Mestilah Gears of War.

Dalam laporan Polygon, mereka melaporkan Microsoft akan menayangkan Halo 6 dan Forza Horizon 4 ketika acara E3 2018. Tapi mereka juga akan memperkenalkan tiga permainan untuk francais Gears of War dan Gears of War 5 adalah salah satu daripadanya.

Dua permainan lain ialah game Battle Royale baru dan strategi game baru yang berkaitan dengan Halo Wars.

Microsoft tak mengeluarkan kenyataan rasmi jadi janganlah percaya bulat-bulat khabar angin ini. Tapi melihat kepada tarikh keluar mereka yang mungkin dijadualkan tahun depan, adalah logik kalau game itu dipamerkan pada E3.

Tapi untuk game Battle Royale itu, ia mungkin dijadualkan pada tahun ini kerana dua sebab. Pertama, permainan itu akan menarik minat komuniti Gears terutamanya peminat multi-pemain. Kedua, permainan genre ini memang popular sekarang; jadi semestinya Microsoft memikirkan permainan yang boleh sustain mereka pada tahun ini.

Kita saksikan apa kejutan daripada Microsoft ketika E3 nanti pada Ahad depan!

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail