Rumor: Diablo 2 Remake Mungkin Dalam Perancangan – Akan Diumumkan Di BlizzCon 2018
2018-06-06T08:14:22
By: Hazril Md Nor

Rumor: Diablo 2 Remake Mungkin Dalam Perancangan – Akan Diumumkan Di BlizzCon 2018

 

Pada tahun lepas di BlizzCon 2017, Blizzard mengatakan tak ada berita berkaitan Diablo diumumkan. 

Tapi baru-baru ini, Blizzard menyenaraikan dua tawaran kerja baru di laman web mereka iaitu environment, technical dan “dungeon” artists untuk permainan Diablo baru.

“Raksasa di Hell semakin kuat. Kami bekerjasama untuk projek baru Diablo yang tak diumumkan lagi. Adakah anda seorang Dungeon Artist berpengalaman? Mari sertai kami dan bersama membina sesuatu yang luar biasa,”

Posisi lain juga dibuka dengan mesej sama, menunjukkan Blizzard mungkin akan port ataupun remaster permainan lama mereka.

Pereka Diablo, David Brevik mengatakan pada tahun lepas yang Diablo 3 remake bukan semudah yang disangkakan kerana kesemua original asset dah lama hilang.

“Kalau mereka ingin buat Diablo 2 Remaster, akan jadi susah untuk buat betul-betul sama macam permainan asal. Mereka boleh buat tapi kena faham yang game itu running dalam 2D dan bukan 3D,”

Jadi mungkin kakitangan yang ingin diambil ini bukan untuk Diablo 4 tapi Diablo 2 Remake yang sangat susah untuk dibangunkan. Tapi Blizzard sendiri tak membuat kejutan atau memberi apa apa komen. 

“Kami sentiasa terbuka meneroka idea-idea berlainan di Blizzard. Ini termasuk Diablo, salah satu francais penting kami,” kata jurucakap Blizzard. 

Kita hanya perlu nantikan pengumuman itu dibuat di Blizzcon 2018 pada November nanti.

Sumber: PC Gamer

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail