Rindu Digivice? Jom Main My Tamagotchi Forever Bermula 15 Mac Ini!
2018-03-02T06:59:26
By: Hazril Md Nor

Rindu Digivice? Jom Main My Tamagotchi Forever Bermula 15 Mac Ini!

 

Masih ingat digivice? Gajet klasik yang menjadi kegilaan budak-budak sekolah zaman 90-an. Korang bela digimon secara virtual dan memberinya makan dan boleh bertanding dengan Digimon milik pemain lain.

Tapi bezanya kali ini, Tamagotchi yang juga popular ketika dulu kini akan hadir ke iOS dan Android pada 15 Mac ini. Bandai Namco membawakan binatang peliharaan virtual ini sempena sambutan ke-20 tahun mereka. Saat ini, mereka bukan lagi pixelated kerana setiap pet ini nampak seperti dalam Animal Crossing dan ditempatkan di sebuah bandar di mana ada banyak lagi hidupan lain yang boleh dijadikan kawan.

Sama seperti zaman dulu-dulu, korang perlu jaga mereka tapi kali ini ada mini games dan evolve mereka apabila tiba masanya. Seperti juga Pet Society di Facebook dan Talking Tom, korang boleh kongsi progress dan bermain dengan mereka.

Sumber: Endgadget

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail