Rey Mysterio Disahkan Untuk WWE 2K19
2018-06-26T06:03:05
By: Hazril Md Nor

Rey Mysterio Disahkan Untuk WWE 2K19

 

Permainan berasaskan gusti popular, WWE 2K19 kini mengesahkan kemunculan karakter yang dinantikan semua orang, siapa lagi kalau bukan 6-1-9!

World Wrestling Entertainment dan 2K Games mengesahkan kehadiran karakter bonus, Rey Mysterio apabila korang membuat pra-tempah untuk WWE 2K19.

Rey pernah membintangi rancangan WWE untuk jangka masa sangat lama dan ura-ura mengatakan dia akan kembali tak lama lagi. Dalam iklan komersial di bawah, korang boleh saksikan beberapa bintang WWE memberi komen tentang legasi Rey Mysterio. Bintang seperti Jeff Hardy, Charlotte Flair, Asuka, The Miz, Bobby Roode dan juara WWE Smackdown A.J. Styles memberi komen mereka dan akhir sekali Rey muncul dan mengatakan dia akan kembali.

Pengumuman ini juga bermakna Mysterio mungkin difokuskan dalam Collector’s Edition. Lihat reaksi peminat di bawah.

Pastinya kita akan mendapat maklumat lanjut mengenai karakter bonus ini tak lama lagi tapi buat masa sekarang.. pastinya peminat semua dah tak sabar!

WWE 2K19 akan hadir pada 5 Oktober untuk Xbox One, PlayStation 4 dan PC.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating