Resident Evil 2 Remake Adalah Yang Terbaik, Mungkin Diumumkan Di E3 2018
2018-05-29T08:52:26
By: Hazril Md Nor

Resident Evil 2 Remake Adalah Yang Terbaik, Mungkin Diumumkan Di E3 2018

 

Capcom sebelum ini pernah mengacah untuk mendedahkan Resident Evil 2 Remake dalam masa terdekat. Kali ini, mengikut sumber dari Rely on Horror, ia mungkin lebih dekat dari yang disangkakan.

Sumber itu mengatakan, Resident Evil 2 Remake akan didedahkan seawal bulan depan di E3 2018. Ini mengikut spekulasi dan kenyataan Capcom yang akan mengeluarkan dua permainan utama tahun ini.

Mengikut sumber itu lagi, RE2 Remake akan dimainkan menggunakan RE Engine, tapi ia dioptimumkan dan dinaik taraf dengan teknologi baru; termasuk pencahayaan yang dipertingkatkan dan sistem bayangan.

Ia disasarkan untuk dimainkan pada kadar 30fps dalam paparan HD penuh di PlayStation 4 biasa dan 60fps di paparan 4K untuk PlayStation 4 Pro (ini menunjukkan ia permainan RE pertama dihasilkan untuk paparan 4K jadi kita bakal menyaksikan game zombi tercantik untuk Capcom).

Ia juga menggunakan sistem dalam Resident Evil 7 iaitu photogrammetry scanning dan kita akan nampak Racoon City yang lebih realistik atau photorealistic. Bagi Leon, kita masih tak tahu warna rambutnya tapi untuk Claire, dia akan menyarungkan kostum berlainan dan lebih moden.

Bagi sudut kamera, peminat mengharapkan sudut kamera yang tak berubah seperti dalam RE HD Remaster. Tapi dengan kejayaan RE7, perspektif perseorangan (first-person) tak lagi mustahil. Mengikut sumber, sudut kamera mungkin akan jadi over-the-shoulder seperti Resident Evil 4.

Yang terakhir, sumber mengatakan kakitangan yang menghasilkan game ini terdiri daripada mereka yang pernah mengusahakan projek Resident Evil 2 dan 4. Ia akan menyertakan kempen untuk Leon dan Claire tapi permainan ini akan jadi lebih lama daripada original dengan kandungan tambahan dan kawasan baru.

Sumber: Rely on Horror

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail