Razer Game Store Malaysia Rasmi Dilancarkan Di Lazada, Beli-Belah Sakan Dengan Diskaun 90%
2018-11-09T07:37:14
By: Editorial Team

Razer Game Store Malaysia Rasmi Dilancarkan Di Lazada, Beli-Belah Sakan Dengan Diskaun 90%

 

Razer meluaskan empayar perniagaan dari jualan perkakasan komputer ke jualan game di Asia Tenggara. Syarikat gaming ini telah melancarkan Razer Game Store secara rasmi di Malaysia dan Filipina pada hari ini. Sebelum ini, stor hanya wujud di empat negara Barat iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Perancis sahaja.

Razer Game Store menawarkan jualan game digital seperti Steam, PlayStation Network dan sewaktu dengannya. Jangan pula terkeliru dengan Razer Official Store yang menawarkan barangan jenama Razer.

Selain memberi promosi diskaun sempena pelancaran, Razer Game Store turut serta dalam pesta beli-belah Lazada pada 11 November ini dengan diskaun eksklusif sebanyak 90% untuk game-game terkenal seperti Assassin’s Creed Odyssey, Cities: Skylines, Overcooked 2 dan banyak lagi. 

Pelancaran Razer Game Store melalui Lazada dan bukan atas laman sesawang tersendiri menandakan pengguna tidak dapat menggunakan Razer zSilver dan zGold, iaitu bentuk matawang maya untuk gajet Razer menurut laporan Lowyat.net.

Walaubagaimanapun, pengguna boleh memberi game di Razer Game Store sama seperti membeli-belah di Lazada seperti membeli kredit secara offline di kedai 7-Eleven seluruh Malaysia dan juga pelan bayaran melalui Maybank.

Kalau nak tahu senarai penuh game dan cara-cara untuk membelinya, korang boleh layari Razer Game Store

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail