Pokémon: Let’s Go Diumumkan – Akan Hadir Ke Nintendo Switch Pada 16 November 2018
2018-05-30T04:41:28
By: Hazril Md Nor

Pokémon: Let’s Go Diumumkan – Akan Hadir Ke Nintendo Switch Pada 16 November 2018

 

Selepas sekian lama menunggu, akhirnya pengguna Switch boleh tersenyum lebar apabila Eevee dan Pikachu akan menemani mereka dan tak lagi duduk dalam Pokeball! Dibangunkan sempena Pokémon Yellow pada tahun 1998 yang menyaksikan Pikachu mengikuti tuannya, Pokémon: Let’s Go Eevee dan Pokémon: Let’s Go Pikachu akhirnya diumumkan dan akan hadir ke Switch pada 16 November ini.

Berbezanya berbanding permainan Pokémon lain, ia dimainkan seperti Pokémon Go yang mana tangkapan Pokémon dilakukan dengan cara sama menggunakan satu JoyCon saja. Paling best, ia boleh dimainkan bersama kawan dengan sokongan co-op dan diintegrasikan bersama Pokémon Go secara terus.

Let’s Go membolehkan pemain merantau Kanto untuk mencari Pokémon menerusi kembara yang perlu melalui lautan dan rumput seperti game Pokémon lain. Korang juga akan bertemu dengan trainer lain sepanjang permainan dan boleh berganding dengan kawan untuk menewaskan mereka.

Aksesori tambahan iaitu Pokeball Plus digunakan untuk menangkap Pokémon dalam permainan. Pokeball Plus juga diintegrasikan bersama Pokémon Go (apabila korang menangkap Pokémon, ia boleh dihantar ke salah satu aplikasi dimainkan). Aksesori ini mungkin sedikit mahal kerana dijual dengan harga USD$50 (RM200).

Bagaimanapun, dengan pengumuman ini, Pokémon Company tak mendedahkan lagi permainan Pokémon yang akan muncul pada tahun 2019. Mereka mengeluarkan dua siri berbeza iaitu Pokémon: Let’s Go ini untuk golongan sasar dan permainan akan datang tahun depan yang menyasarkan peminat veteran. 

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail