PlayStation 4 Slim Edisi Terhad Sempena Acara Days Of Play Akan Dilancarkan Pada 8 Jun
2018-05-30T08:35:26
By: Hazril Md Nor

PlayStation 4 Slim Edisi Terhad Sempena Acara Days Of Play Akan Dilancarkan Pada 8 Jun

 

Bagi menyambut E3 sekali lagi, Sony akan membuat promosi Days of Play untuk PlayStation. Dari 8 Jun hingga 18 Jun, korang boleh dapatkan konsol PlayStation 4 edisi ini selain menerima tawaran hebat untuk beberapa game, servis dan aksesori.

Edisi terhad PS4 Slim dengan kapasiti storan 1TB itu sangat stail dengan warna kebiruan bercampur emas yang diukir kemas. Di bahagian atas, kesemua simbol ikonik iaitu square, cross, triangle dan circle yang dilakar dengan warna emas begitu juga di butang kawalan di pad sentuh (touchpad).

Ia akan dijual bermula 8 Jun ini dengan harga RM1,299 dan hadir dengan satu Dualshock 4 dengan storan 500Gb. Korang boleh mula dapatkannya nanti di semua pengedar rasmi PlayStation. 

Sempena jualan ini, Sony turut menawarkan kad langganan PlayStation Plus bertemakan Days Of Play yang mana pemain boleh memiliki 14 bulan langgan PS Plus untuk harga RM129 saja.

Pastinya PlayStation 4 ini akan ditunggu oleh korang yang belum lagi mempunyai konsol ini di rumah. Dari segi rekaannya, ia sesuai untuk korang yang baru saja membuat keputusan untuk mendapatkan PlayStation 4 sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti ataupun untuk dihadiahkan kepada insan tersayang.

Sumber: Engadget

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail