PlayStation 4 Mendekati Fasa Jangka Hayat Terakhir, Menurut CEO Sony
2018-05-23T07:54:32
By: Hazril Md Nor

PlayStation 4 Mendekati Fasa Jangka Hayat Terakhir, Menurut CEO Sony

 

PlayStation 4 nampaknya masih ke depan dengan servis dalam talian dan langganan tapi dari segi jualan konsol itu sendiri, kita boleh jangkakan konsol Sony ini makin menghadapi sedikit cabaran. 

Sejak dilancarkan pada November 2013, PlayStation 4 berjaya meraih keuntungan 700 billion yen (USD$6.31 billion) untuk tahun fiskal 2013-2017. Sony juga menjangkakan operasi PlayStation 4 terus positif tahun ini yang berakhir pada 31 Mac 2019.

Tapi bagaimanapun, produk lain seperti PlayStation VR terutamanya gagal memenuhi kehendak pasaran yang kompetitif jadi Sony mengharapkan syarikat mereka terus gemilang dalam industri dengan persiapan untuk pelancaran PS5 (mungkin lah) memandangkan PlayStation kini berada di kitaran hayat yang terakhir.

Dari laporan Siliconera, John Tsuyoshi Kodera berkata PlayStation 4 akan melalui zaman kegemilangan hingga 2021 dan sokongan untuk konsol itu akan diperlahankan atau diberhentikan secara terus. Tapi pada masa yang sama, Kodera tak mengumumkan mengenai konsol baru dari Sony.

Selain itu, Sony sekarang bercadang untuk mendapatkan hak francais ke atas lebih banyak IP dan memperbaharui IP sedia ada selain membangunkan game terbaru. Mungkin juga dengan kehadiran permainan eksklusif akan datang yang akan diumumkan di E3 2018 nanti seperti The Last of Us Part 2 dan Death Stranding, Sony bakal buat kejutan dan mencatatkan hasil jualan PS4 yang lebih baik dengan keluaran Collector’s Edition bagi setiap game eksklusif itu.

Sumber: Siliconera

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail