Persona Q2: Cinema Labyrinth Akan Dilancarkan Di Jepun November Ini
2018-08-08T04:43:28
By: Hazril Md Nor

Persona Q2: Cinema Labyrinth Akan Dilancarkan Di Jepun November Ini

 

Persona Q2, sekuel kepada Persona Q: Shadow of the Labyrinth akhirnya menerima trailer terbaru daripada Atlus, menunjukkan tarikh keluarannya di Jepun. 

Permainan di Nintendo 3DS itu menarik perhatian gamers di Jepun terutamanya peminat Persona dan mereka boleh bermainnya bermula 29 November ini. 

Ia menampilkan tonggak utama Persona 3 dan Persona 4 lalu meletakkan mereka dalam versi yang lebih comel dan kawaii (stail chibi). Kali ini hero dari Persona 5 juga akan muncul dan mereka lebih comel berbanding dulu!

Dalam video di bawah, terdapat banyak footage Ryuji dan Morgana dan beberapa karakter Persona 5 lepak dengan pendatang baru — protagonis perempuan dari Persona 3 Portable.

Atlus pertama kali mengumumkan projek ini pada Ogos 2017. Sekarang, kita masih perlu menunggu jika ia akan dipasarkan di luar Jepun kerana Eropah dan Amerika juga masih menunggu bila tarikh keluar permainan ini di rantau mereka.

Sumber: Polygon

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating