Permainan Ghostbusters Sama Seperti Pokemon Go Akan Dikeluarkan Tahun Ini Di iOS & Android
2018-02-27T04:10:50
By: Hazril Md Nor

Permainan Ghostbusters Sama Seperti Pokemon Go Akan Dikeluarkan Tahun Ini Di iOS & Android

 

Hmm tak cukup dengan fenomena Pokemon Go pada 2016, nampaknya Ghostbusters pula nak mencuri perhatian penduduk seluruh dunia! Eh best ke ‘tangkap’ hantu?

Dalam satu pendedahan baru-baru ini, game Ghostbusters World di telefon pintar dengan sokongan Augmented Reality itu membolehkan korang memburu spectres, poltergeists, vapors dan macam-macam lagi jenis hantu.

Sama seperti Pokemon Go, ia akan dimainkan mengikut sistem lokasi. Kononnya pemain akan menjawab panggilan untuk ke luar dan mencari virtual ghosts di kawasan sebenar.

4:33 Creative Lab, Columbia Pictures dan NextAge bekerjasama untuk membangunkan permainan mudah alih ini di iOS dan Android. Buat masa ini, malangnya tak ada lagi tarikh pelancaran rasmi diumumkan tapi janganlah risau, ia akan dikeluarkan pada tahun ini.

Dah sedia nak ‘tangkap’ hantu?

Sumber: stuff.co.nz

TAGS

BERITA BERKAITAN

4 months ago
Ocean Black juara MAL MY S4, bawa pulang RM33,000
4 months ago
Senarai calon-calon The Game Awards 2025 – Clair Obscur: Expedition 33 mendahului dengan 12 pencalonan
4 months ago
SRG OG 4 Peat, cipta sejarah dalam MPL Malaysia buat pertama kalinya
4 months ago
Dream It Vol. 2: Bagaimana gaming membawa kami dari Asean ke Tokyo
4 months ago
Kes saman Konami ke atas Cygames untuk Umamusume: Pretty Derby kini selesai
5 months ago
Roblox beri jaminan tingkatkan keselamatan pemantauan manusia – Hannah Yeoh