Selepas dua tahun, kes saman Konami Digital Entertainment ke atas Cygames kini berakhir.
Pertikaian ini bermula pada tahun 2023 apabila Konami memfailkan kes mahkamah menuduh Cygames melanggar beberapa paten untuk permainan Umamusume.

Foto: Konami & Cygames
Konami telah menuntut AS$26 juta (RM108.32 juta) untuk tuntutan ganti rugi dan mengarahkan Umamusume ditutup.
Kedua-dua syarikat tidak memberitahu mekanik apakah yang menjadi isu tetapi ramai membuat spekulasi ia berkaitan dengan sistem ‘training’ Umamusume di mana permainan Umamusume hampir sama dengan game Konami iaitu Power Pros dan Tokimeki Memorial.

Foto: Cygames
Menurut Cygames, terdapat 18 paten yang terkait dengan apa yang Cygames mahu saman dan pihak mahkamah mendapati mereka tidak melanggar apa-apa paten yang dikeluarkan oleh Konami.
Menurut butiran dari kenyataan akhbar Cygames, keputusan dibuat dan persetujuan baru diantara mereka dan Konami sudah tercapai.
Butiran persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua syarikat masih tidak diberitahu Cygames.