Pemain Esports Paris Saint-Germain Akan Bertanding Dalam PSG Esports Challenge Di Singapura
2018-07-24T09:09:17
By: Hazril Md Nor

Pemain Esports Paris Saint-Germain Akan Bertanding Dalam PSG Esports Challenge Di Singapura

 

Lucas ‘DaXe’ Cuillerir dan Johan ‘ManiiKa’ Simon, dua pemain dari PSG Esports FIFA akan menemani skuad bola sepak Paris Saint-Germain ketika acara Asia Summer Tour bermula esok hingga 4 Julai ini.

Pada 29 Julai di Clarke Quay, Singapura, mereka akan bertanding dengan yang terbaik dari Asia seperti pasukan Singapura sendiri iaitu Team Flash yang diwakili Amraan ‘Amraan’ Gani dan Joseph ‘Zarate’ Yeo dan juga juara serantau dari Asian Football Gaming Championships (AFGC) serta pemenang dari Paris Saint-Germain Community Tournament.

PSG Esports Challenge 2018 ini adalah pendekatan pertama dari kelab itu untuk esports di rantau ini dengan kerjasama Team Flash. Acara itu akan dianjurkan bersama International Champions Cup (ICC) apabila skuad bola sepak PSG berlawan dengan Arsenal dan Atletico Madrid.

Siapa Paris Saint-Germain Esports?

Division ini pertama kali dilancarkan pada November 2016 oleh Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al Khelafi dengan memperkenalkan pemain FIFA buat pertama kalinya dan skuad League of Legends bertanding dalam kejohanan Eropah. Mereka juga mempunyai skuad Dota 2 iaitu PSG-LGD yang kini layak ke The International 2018.

Kami berbesar hati untuk mempunyai peluang ini, membawakan juara kami ke Singapura ketika kembara musim panas mereka. PSG Esports Challenge 2018 adalah satu langkah ke depan untuk Paris Saint-Germain dan PSG Esports di Asia. Untuk edisi pertama, kami berkolaborasi dengan skuad Singapura, Team Flash,” kata Managing Director rantau Asia-Pasifik di Paris Saint-Germain, Sebastien Wasels.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati