Nintendo Tak Sengaja Mengesahkan Fortnite Akan Dilancarkan Di Switch
2018-06-06T08:54:02
By: Hazril Md Nor

Nintendo Tak Sengaja Mengesahkan Fortnite Akan Dilancarkan Di Switch

 

Kita tinggal beberapa hari je lagi sebelum acara E3 2018 bermula dan salah satu kejutannya dah tiba. Apa dia? Peminat Fortnite di Korea terjumpa satu kod dalam eShop Switch yang menyenaraikan Fortnite dan juga ikonnya yang akan live di home screen.

Menurut satu twit daripada pengguna Twitter @NWPlayer123 menerusi siaran Discord, Nintendo memuat naik data kemaskini untuk Fortnite. Ia dimuat naik di server Nintendo jadi mungkin tarikh pelancarannya dah tak lama dah dan Nintendo sendiri mengesahkan hal ini.

Selain Fortnite, ura-ura mengatakan ada permainan lain akan diumumkan seperti Dragon Ball FighterZ, Paladins dan juga game seperti Killer Queen Black yang tak pernah didengari sebelum ini.

Nintendo juga akan membuat kejutan dengan Super Smash Bros. dan Pokemon Lets Go yang boleh dimainkan di acara E3 nanti. Tunggu update daripada kami tentang E3 2018 minggu ini!

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail