Nintendo Sekali Lagi Disaman Gamevice Yang Mengatakan Konsol Hibrid Switch Melanggar Hak Cipta
2018-05-07T04:48:58
By: Hazril Md Nor

Nintendo Sekali Lagi Disaman Gamevice Yang Mengatakan Konsol Hibrid Switch Melanggar Hak Cipta

 

Nintendo, syarikat gergasi Jepun yang menghasilkan konsol hibrid Nintendo Switch sekali lagi disaman oleh Gamevice yang menuntut rekaan konsol itu dan Joy-Con melanggar hak cipta (patents) Gamevice untuk controllers yang direka untuk peranti permainan yang dipegang dengan tangan.

Menurut Reuters, Gamevice memfailkan saman itu kepada International Trade Commision Amerika Syarikat (ITC). Dalam satu kenyataan ITC mengatakan mereka sudah mula menyiasat “sistem konsol portable (hibrid) dengan controller yang dipasang bersama dan juga komponennya,” 

Ini bukanlah kali pertama kerana Gamevice pernah memfailkan saman pada Ogos 2017 dan menarik kembali dua bulan kemudian. Pada 2015, Gamevice melancarkan peranti ini (yang juga dipanggil Gamevice) dan menyokong peranti dan tablet Samsung serta Apple. Nintendo pula mengumumkan Switch pada hujung 2016 dan melancarkannya pada Mac 2017.

“Terdakwa [Nintendo] mengarahkan pelanggan untuk memasang dan menggunakan komponen [Joy-Con controllers] dengan cara yang melanggar hak cipta,” kata Gamevice dalam satu kenyataan.

Walaupun Nintendo biasa disaman kerana pelanggaran hak cipta, kes ini (Gamevice) tidak menggambarkan satu kes yang main-main atau dibuat-buat. Gamevice menyaman peranti yang dicipta mereka bukannya rekaan. Bagaimanapun, terdapat banyak kes dipanggil “patent troll” yang ditemui di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat Bahagian Texas, dan Mahkamah Tinggi menutup kes-kes itu.

Dalam saman kepada ITC itu juga, Gamevice meminta pemasaran Nintendo Switch di negara itu dihalang. Pemfailan saman itu meminta pampasan dan keadilan kerana hasil jualan peranti yang melanggar hak cipta.

 

Pemfailan saman itu boleh dibaca sepenuhnya di SINI.

Sumber: Polygon

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail