Monster Hunter: World Kini Menjadi Game Terlaris Dalam Sejarah Capcom!
2018-03-06T03:27:21
By: Hazril Md Nor

Monster Hunter: World Kini Menjadi Game Terlaris Dalam Sejarah Capcom!

 

Terjual sebanyak 7.5 juta unit! Satu rekod baru ataupun kita boleh kata, yang terbaik dalam sejarah Capcom!

Ya itulah angka luar biasa dicatatkan oleh Monster Hunter: World, judul pertama dalam siri itu yang dilancarkan secara besar-besaran di seluruh dunia dan diberikan promosi di serata dunia untuk menarik minat komunitinya di Jepun dan pasaran luar.

Capcom menjelaskan dalam satu kenyataan, angka jualan itu adalah unit yang dipasarkan kepada retailers dan bukan dijual terus kepada pemain. Tapi, perlu diingatkan game itu saja mencatatkan 7 juta pemain jadi tak banyak beza pun dengan kenyataan itu.

Versi di Windows PC belum lagi dikeluarkan dan Monster Hunter: World bakal menggegarkan dunia lagi dengan memecahkan rekod di seluruh platform. Angka jualan setakat ini hanya termasuk PlayStation 4 dan Xbox One.

 

Monster Hunter: World menjadi fenomena di seluruh dunia yang memuji gameplay yang kompleks dan sistem grinding untuk mencari kelengkapan lebih berkuasa dengan membunuh pelbagai raksasa.

Sumber: Polygon

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati