Mobile Legends: Honor MyA Tolak Tawaran Sertai Organisasi Terkenal
2018-11-05T05:58:18
By: Hazril Md Nor

Mobile Legends: Honor MyA Tolak Tawaran Sertai Organisasi Terkenal

 

Pasukan Mobile Legends negara, Honor MyA menolak tawaran untuk memasuki organisasi e-sukan yang terkenal dalam negara selepas mempertimbangkan beberapa perkara.

Zulshahrin. Gambar kredit: FB Mohd Zulshahrin Zulfikli

Jurulatih pasukan, Mohd Zulshahrin Zulkifli ketika dihubungi MyGameOn berkata, pasukannya mendapat tawaran itu beberapa hari lepas.

“Saya diberitahu oleh pengurus yang organisasi itu akan menggugurkan (release) barisan pemain sedia ada dan menawarkan kepada kami untuk menyertai mereka.

“Tapi saya kurang berpuas hati dengan beberapa perkara. Pertama, kami perlu bermain di bawah nama organisasi itu (bukan lagi Mysterious Assassin) dan perlu stream di Facebook page mereka. Ini pastinya akan mengundang kecaman dari peminat setia organisasi itu nanti kerana ahlinya telah bertukar,”

Zul juga berkata yang tawaran itu mungkin kelihatan menarik tapi hakikatnya sangat berlainan.

“Apabila kita bermain di bawah organisasi besar, pastinya harapan dari mereka dan peminat lebih tinggi jadi saya risaukan ahli lain akan berada di bawah tekanan kerana perkara ini dan akan mengganggu fokus mereka.

“Kami juga ingin hak dan kebajikan kami terjaga. Jadi kami nak elak ada isu yang mungkin ada seperti pemain tak dibayar gaji/insentif ataupun belum menerima sebahagian wang tunai dari kejohanan dimenangi. Biarlah tawaran itu nampak bagus, tapi kita juga perlu pentingkan hak dan suara semua orang,” 

Kata Zul, pasukan Mobile Legends yang mendapat tawaran sebegini perlu memahami kontrak ditawarkan dan mengetahui hak-hak mereka.

“Kalau ada tajaan besar, kita kena perhatikan kontrak, baca betul-betul jadi kalau ada apa-apa berlaku, kita boleh tuntut hak,”

Selain Honor MyA, beberapa pasukan terkenal Mobile Legends tanah air turut ditawarkan menyertai organisasi itu dan berita terbaru mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati