‘Kita Akan Wujudkan Stadium E-Sukan’, Kata Syed Saddiq
2018-09-06T04:03:31
By: Hazril Md Nor

‘Kita Akan Wujudkan Stadium E-Sukan’, Kata Syed Saddiq

 

Semalam kami melaporkan Major Dota 2 pertama di Malaysia iaitu The Kuala Lumpur Major akan diadakan pada 16 November di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan prize pool USD1 juta dipertandingkan antara 16 pasukan profesional.

Mengikut laporan The Star, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga ada berucap mengenai pembinaan stadium e-sukan. 

Beliau berkata, perancangan untuk membina stadium e-sukan ini akan dimulakan dengan Stadium Raja Muda sebagai lokasi yang paling tepat. 

Pada pendapat penulis, stadium ini mungkin bermaksud fasiliti e-sukan yang dilengkapi dengan teknologi terkini dan perkakasan sesuai digunakan untuk latihan, mengadakah pertandingan dan sebagainya.

YB Saddiq juga menyatakan hasrat kementeriannya untuk memulakan bandar hiburan digital pertama di Jalan Ipoh dengan kerjasama Razer Inc dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). 

“Kepada mereka yang berkata e-sukan untuk orang yang tak ada kerja main game saja, kami katakan ia mempunyai potensi untuk berkembang,” katanya dalam satu sidang media di Rouge Club, Kuala Lumpur, semalam.

Baca lanjut: The Kuala Lumpur Major Diumumkan. Major Dota 2 pertama di Malaysia

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati