‘Kami Sedar Ramai Tidak Suka Perspektif First-Person Untuk Cyberpunk 2077’, Kata CD Projekt RED
2018-08-29T06:17:52
By: Editorial Team

‘Kami Sedar Ramai Tidak Suka Perspektif First-Person Untuk Cyberpunk 2077’, Kata CD Projekt RED

 

CD Projekt Red melakukan perubahan agak ketara dengan memberikan perspektif first-person untuk game terbaru mereka, Cyberpunk 2077. Keputusan ini agak janggal diperlihatkan kerana CD Projekt Red sinonim dengan game perspektif third-person seperti yang dinampakkan di dalam siri RPG paling popular, The Witcher.

Oleh itu, ramai peminat (termasuk saya) juga menggaru kepala kenapa developer ini mengubah angin ke kamera first-person untuk game futuristik Cyberpunk 2077 ini. Menurut pereka quest CD Projekt Red, Patrick Mills bercakap kepada DualShockers, membalas persoalan hangat bermain di fikiran korang.

Korang akan bermain sebagai V (di kanan gambar) bersama kawan karibnya, Jackie

Mills berkata studio ini akan berpegang teguh terhadap perspektif first-person dalam Cyberpunk 2077 dan dia sedar CD Projekt Red akan menerima tentangan daripada orang ramai. “Kami percaya akan keputusan (untuk perspektif first-person) dan kami amat sedar ramai orang tidak suka first-person kerana ada sejumlah pemain tak boleh bermain game first-person atas sebab-sebab tertentu,” ujar Mills.

Kalau korang yang berminat main Cyberpunk 2077 tapi tak berpuas hati dengan perspektif first-person, pasukan yang membangunkan game ini sedang menyelidik lebih lanjut bagi memberikan pengalaman Cyberpunk 2077  terbaik untuk korang.

Antara cadangan yang dikongsikan adalah menawarkan beberapa pilihan tahap difficulty dan pilihan mengubah suai sensitiviti kamera agar pemain kurang suka akan game first-person boleh tertarik dengan perspektif first-person Cyberpunk 2077 dan boleh seronok bermain game ini.

Berjalan-jalan di sekitar Night City dengan menaiki kenderaan

Baru-baru ini, CD Projekt Red akhirnya mengeluarkan video demo gameplay Cyberpunk 2077 untuk tontonan umum. Video berdurasi sebanyak 48 minit mendedahkan pemain terhadap persekitaran open-world di bandar futuristik Night City dengan karakter korang tersendiri. Selain itu, korang boleh mengubah suai komponen sibernetik badan yang boleh digunakan dalam combat ala-ala campuran Max Payne dan Deus Ex.

Cyberpunk 2077 masih lagi tiada tarikh rasmi dan akan dikeluarkan untuk PC, Xbox One dan PS4.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail