Ibu Bapa Membayar Sehingga 35 Dollar Kepada Jurulatih Fortnite Untuk Mengajar Anak-Anak Mereka
2018-08-02T07:26:44
By: Hazril Md Nor

Ibu Bapa Membayar Sehingga 35 Dollar Kepada Jurulatih Fortnite Untuk Mengajar Anak-Anak Mereka

 

Seperti kanak-kanak lain yang menghadiri kelas muzik dan tennis, Wall Street Journal mendapati ada beberapa ibu bapa yang membayar jurulatih persendirian (tuisyen) bagi permainan Fortnite Battle Royale untuk membantu anak mereka lebih bijak bermain game popular itu. 

“Ia bukan saja pasal bermain permainan tapi menjadi mahir di dalamnya,” kata seorang ibu dari Winchester, England. “Anda boleh membayangkan bagaimana ia memberi kesan kepadanya di sekolah,”

Seperti dilaporkan The Journal, ada beberapa ibu bapa yang berharap anak mereka menukar hobi bermain Fortnite kepada karier e-sukan, menerima biasiswa kolej — ataupun mengambil bahagian dan memenangi sedikit portion daripada arena kompetitif Fortnite yang mengumpulkan $100 juta hadiah wang tunai.

Ibu bapa mencari jurulatih Fortnite untuk anak mereka menerusi media sosial dan laman web pencarian pekerjaan kontrak. Ada juga marketplace untuk jurulatih seperti Gamer Sensei yang menerima bayaran $15 hingga $35 untuk sejam sesi pembelajaran Fortnite!

Trend terbaru ini mengejutkan jurulatih sendiri kerana setakat ini mereka yang berbelanja dalam permainan biasanya adalah golongan dewasa atau remaja yang ingin bermain secara kompetitif dan bukannya ibu bapa.

“Ayah saya takkan membayar saya untuk mempelajari cara-cara bermain game,” kata Logan Werner, seorang jurulatih Fortnite berusia 18 tahun dari Utah.

Nampaknya ibu bapa generasi kini menganggap latihan itu tak jauh beza seperti menyediakan private tutors untuk membantu anak mereka mahir dalam aktiviti seperti bola keranjang atau chess.

Tapi di Twitter ramai juga mengecam, mengatakan ia agak keterlaluan walaupun trend ini akan terus stay untuk masa akan datang.

Sumber: BusinessInsider

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati