HoYoverse umum ujian beta tertutup ‘Petit Planet’, permainan simulasi kehidupan kosmik pertama mereka
2025-10-23T10:10:39
By: Penulis MGO

HoYoverse umum ujian beta tertutup ‘Petit Planet’, permainan simulasi kehidupan kosmik pertama mereka

 

Jenama hiburan interaktif global, HoYoverse mengesahkan pelancaran permainan simulasi kehidupan kosmik pertamanya, Petit Planet yang akan memulakan ujian beta tertutup bertajuk “Coziness Test” pada 7 November ini.

Berteraskan slogan Weave Your Dreams Beneath the Stars, permainan ini mengajak pemain mencipta dan meneroka dunia mereka sendiri di antara bintang-bintang sambil berinteraksi dengan makhluk unik dari pelbagai planet. Ujian beta ini akan tersedia di PC dan iOS, dan pemain yang berminat boleh mendaftar melalui laman rasmi ini.

Dalam Petit Planet, pemain bertanggungjawab membangunkan planet mereka sendiri sambil menjalin hubungan dengan planet lain di seluruh galaksi. Planet ini hidup dengan tenaga dipanggil Luca yang akan membentuk rupa bumi serta suasana unik bagi setiap dunia.

Pemain boleh memancing, mengumpul hasil bumi, mencipta resipi baharu dan menjalin hubungan rapat dengan jiran yang berpindah ke planet mereka. Setiap satunya membawa kisah dan impian tersendiri.

Sebagai percubaan pertama HoYoverse dalam genre simulasi kehidupan, Petit Planet menampilkan elemen sosial dan mod berbilang pemain yang menjadikan galaksi lebih hidup. Melalui “Coziness Test”, pemain berpeluang berinteraksi di “Galactic Bazaar”, sebuah hab sosial meriah tempat mereka boleh bersembang, menari bersama dalam mini permainan berirama dan membentuk persahabatan baharu dalam suasana santai.

HoYoverse turut merancang untuk memperluaskan pembangunan pelbagai platform dan menambah baik ciri sosial bagi menjadikan pengalaman bermain lebih berasaskan komuniti.

Ujian beta tertutup “Petit Planet” akan bermula 7 November dan penyertaan dibuka di laman rasmi sehingga pengumuman lanjut. 

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati