Helldivers 2 berjaya mengurangkan saiz fail permainan itu kepada lebih kurang 23GB sahaja.
Ketika versi PC dilancarkan, Helldivers 2 mempunyai masalah penggunaan ruangan storan yang terlalu besar sehingga sekitar 150GB.
Arrowhead berjanji untuk mengurangkan saiz fail ini dan dalam kemaskini terbaru mereka menepati janji ini.
Semalam, Arrowhead Games mengumumkan mereka berjaya mengurangkan saiz fail yang terlalu besar ini.
Dari 154GB ke lebih kurang 24GB. Satu pencapaian yang perlu dibanggakan selepas pengurangan 130GB.

Foto: PlayStation/Arrowhead Games
Menurut Arrowhead Games, punca saiz fail terlalu besar ialah terdapat terlalu banyak fail berulang dan berlebihan untuk memastikan pengguna yang tidak menggunakan SSD boleh bermain Helldivers 2 tanpa mempunyai banyak masalah.
Kemaskini ini adalah tidak wajib di PC tetapi mengurangkan 130GB sudah semestinya satu saiz yg besar untuk dikurangkan.
Ini juga bukti banyak pembangun permainan video sebenarnya mampu untuk mengurangkan saiz fail tetapi mereka tidak melakukannya.