Genshin Impact berkolaborasi bersama Duolingo!
2025-12-09T02:25:16
By: Hazril Md Nor

Genshin Impact berkolaborasi bersama Duolingo!

 

Genshin Impact, sebuah permainan dunia terbuka RPG popular kini berkolaborasi dengan aplikasi pembelajaran bahasa iaitu Duolingo. Kolaborasi itu menyaksikan Paimon sebagai travel companion di Teyvat bersama Tighnari dan Cyno serta Duo (burung hantu berwarna hijau).

Dari 8 Disember hingga 27 Disember ini, Paimon, Tighnari dan Cyno akan menyertai Duo untuk menghoskan Quest 3-Hari Genshin Impact x Duolingo di dalam aplikasi pembelajaran bahasa itu. Anda akan menerima ganjaran dalam permainan termasuk avatar, kad nama dan Primogems dalam Genshin Impact sekiranya anda menyelesaikan tugasan pembelajaran bahasa selama tiga hari berturut-turut.

Jika anda peminat tegar Genshin Impact, jangan lepaskan peluang ini untuk mempelajari bahasa baharu di aplikasi Duolingo selain mendapatkan ganjaran istimewa sempena kolaborasi ini.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail