Gear Dalam Anthem Akan Menawarkan Bonus Untuk Setiap Set – Inilah Masanya Untuk Grinding!
2018-07-24T01:30:37
By: Hazril Md Nor

Gear Dalam Anthem Akan Menawarkan Bonus Untuk Setiap Set – Inilah Masanya Untuk Grinding!

 

Anthem mungkin lambat lagi keluar tapi kita dah boleh nampak gambaran bagaimana permainan itu dimainkan. Maklumat berkenaan gear mechanics sentiasa menjadi buruan peminat yang dahagakan kejutan; dan BioWare tak ingin tunggu lama dengan mengesahkan yang senjata akan mempunyai stats rawak dan kombinasi gear juga akan menawarkan set bonus.

Kenapa bonus ini penting? Sebagai Online RPG yang biasanya akan hidup atau terus mati dengan kekuatan sistem loot progressif, set bonus ini sebenarnya agak penting untuk peminat genre ini. Seperti namanya, ia memberikan boost kepada pemain yang berjaya mencari dan melengkapkan kesemua gear dari satu set, memberikan mereka rasa kenikmatan untuk grind bagi loot yang spesifik.

Produser Eksekutif, Mark Darrah mengumumkan perkara ini di Twitter beliau:

Darrah tak mendedahkan informasi lengkap tentang bonus set tapi pengesahan kepada sistem itu. Pengumuman ini seterusnya membuktikan Anthem adalah satu permainan yang menitikberatkan grinding dengan setiap set mempunyai beberapa kelengkapan untuk dikumpul.

Pemburuan set yang lebih rare akan menjadi cabaran untuk pemain lebih high level. Ini kerana terdapat beberapa bonus stats dan dengan memperoleh kesemua set ini akan menjadi kepuasan kepada mereka (ambil contoh terdekat Diablo 3).

Anthem akan dilancarkan pada 22 Februari di PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: Gamerant

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail