Fortnite Musim Kelima Akan Live Pada 12 Julai, Bawakan Perubahan Baru Dan Battle Pass
2018-07-04T04:18:57
By: Hazril Md Nor

Fortnite Musim Kelima Akan Live Pada 12 Julai, Bawakan Perubahan Baru Dan Battle Pass

 

Fortnite Battle Royale musim keempat hampir tamat dan musim kelima pula dah dekat seperti diumumkan Epic Games. Pembangun Fortnite mengumumkan minggu lalu yang musim kelima akan bermula pada 12 Julai 4 P.M (waktu Malaysia), sehari selepas berakhirnya musim keempat.

Tapi agak mengecewakan sebab kita tak tahu apa perubahan yang akan dibawakan. Minggu lepas, pelancaran misil dan pembukaan dimensi di angkasa dan di atas peta menunjukkan ada klu tapi ia masih belum pasti apa impaknya pada gameplay. Sekarang, dimensi itu hanya terbuka lebih luas setiap hari.

 

Seperti musim lain Fortnite, musim kelima akan dimulakan dengan server maintenance yang akan menghentikan operasi permainan untuk satu atau dua jam. Pemain kemudian boleh muat turun patch baru, v5.0 dan masuk ke dalam permainan untuk menyaksikan perubahan. Yang pasti musim kelima ini akan mempunyai Battle Pass untuk pemain mendapatkan kosmetik dan ganjaran.

Sumber: Polygon

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati