Fortnite Akan Hadir Ke Android Tapi Mungkin Tak Boleh Download Dari Play Store
2018-07-31T09:05:58
By: Hazril Md Nor

Fortnite Akan Hadir Ke Android Tapi Mungkin Tak Boleh Download Dari Play Store

 

Fortnite dah pun berada di kebanyakan platform tapi tak lagi di Android. Kemungkinan ia akan dilancarkan bersama Galaxy Note 9 secara eksklusif untuk 30 hari pertama.

Tapi baru-baru ini ada berita kurang baik dari xda-developers yang menemui perancangan Epic Games — mengarahkan pengguna untuk memuat turun dan install Fortnite di peranti pintar mereka (Android). Bagaimanapun, instructions itu tak mempunyai link yang mudah menghubungkan ke Google Play Store untuk muat turun permainan itu.

Pengguna pula diberitahu untuk sideload aplikasi itu, bermakna memuat turun secara terus dari laman web. Redditor thesbros ada menunjukkan imej itu di bawah.

Seperti yang korang lihat, Epic menggalakkan pengguna untuk membenarkan installation dari sumber tak diketahui (unknown source) di telefon pintar mereka. Ia dibaca dengan “untuk install apa-apa aplikasi di luar PlayStore.”

Ini bermakna Epic tak menyediakan permainan itu di Play Store. Kenapa?

Ada kemungkinan Epic tak ingin membayar 30% keuntungan untuk pembelian in-app kepada Google. Tapi cara ini nyata tak bagus untuk pengguna kerana ia membuka ruang untuk masalah lain. Kanak-kanak terutamanya mungkin tak tahu menggunakan cara ini. Perancangan ini juga akan membuatkan ada Fortnite palsu di Android untuk menjerat pemain memuat turun malware ke dalam peranti mereka.

Berbanding iPhone, Fortnite boleh dimuat turun secara terus dari App Store, bermakna Epic membayar 30% kepada Apple. Seharapnya Epic membenarkan pengguna memuat turun Fortnite di Play Store bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa depan.

Sumber: bgr

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati