Final Fantasy XV Akan Disertakan 4 Lagi Episod Yang Akan Dikeluarkan Pada 2018 Hingga 2019
2018-02-27T03:52:33
By: Hazril Md Nor

Final Fantasy XV Akan Disertakan 4 Lagi Episod Yang Akan Dikeluarkan Pada 2018 Hingga 2019

 

Final Fantasy XV bukan saja mendapat sentuhan anak muda tempatan, Wan Hazmer tapi turut dianggap sebagai permainan video paling dinantikan sebelum ini. Tak cukup dengan beberapa DLC yang disertakan, nampaknya Square Enix mempunyai perancangan lain tahun ini.

Seperti yang dilaporkan Famitsu, Pengarah Permainan, Hajime Tabata mengesahkan game itu akan mendapat lagi 4 DLC yang mempunyai timeline sehingga 2019. Permulaannya adalah Episode Ardyn dan yang lainnya akan menyusul pada tahun hadapan. 

Tabata juga berkata Episode Ardyn tidak terlalu serius dan akan mengundang gelak tawa. Kenyataan ini berikutan Episode Ignis yang dikatakan dramatik dan membawa kesedihan kepada peminat.

Sumber: Siliconera

 

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail