Final Fantasy 15: Bosan Bermain Sebagai Noctis? Kawal Lah Ignis, Gladio dan Prompto Pula!
2017-11-30T02:45:31
By: Hazril Md Nor

Final Fantasy 15: Bosan Bermain Sebagai Noctis? Kawal Lah Ignis, Gladio dan Prompto Pula!

 

Dah bosan bermain sebagai Noctis? Jangan risau, Square Enix akan mengeluarkan update terbaru untuk korang semua, memberikan akses kepada pemain untuk swap characters.

Selain Noctis, korang boleh mengawal Ignis, Gladio dan Prompto juga. Korang boleh lihat sistem character-swapping dalam video di bawah.

Menarik bukan? Dengan sistem baru ini, korang akan belajar kombo baru dan kekuatan serta kelemahan setiap karakter tambahan ini dengan lebih baik.

Ciri baru ini akan hadir sama ketika Episode Ignis (DLC berbentuk kisah yang memfokuskan karakter tambahan) tiba di pasaran pada 13 Disember ini.

Selain itu, Episode Ignis dikatakan bukan cerita tambahan terakhir dalam dunia Final Fantasy 15. Pengarah Permainan, Hajime Tabata berkata, pemain boleh mengharapkan sehingga tiga episod tambahan dalam FF15 pada tahun depan, yang mana salah satu daripadanya memfokuskan kepada Ardyn Izunia.

Final Fantasy 15 boleh dimainkan di PlayStation 4 dan Xbox One manakala versi di Windows PC akan tiba pada awal 2018 kelak.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating