Penundaan Crackdown 3 Disahkan Oleh Microsoft – Hadir Pada 2019
2018-06-08T03:42:12
By: Hazril Md Nor

Penundaan Crackdown 3 Disahkan Oleh Microsoft – Hadir Pada 2019

 

Sidang media Xbox pada Ahad menunjukkan banyak game menarik yang akan tiba pada sepanjang tahun ini.

Semalam pula, terdapat ura-ura yang Crackdown 3 (selepas berdepan penundaan begitu lama), tarikh keluarannya ditunda hingga 2019 untuk memperbaiki kualiti game tersebut.

“Respons dari peminat kami tentang gameplay Crackdown 3 sememangnya sangat dihargai. Untuk memastikan kami menyampaikan pengalaman yang berkesan, Crackdown 3 akan dilancarkan pada Februari 2019. Kami akan berkongsi lebih lanjut tentang Crackdown 3, Ahad ini ketika persidangan Xbox di E3 2018,”

Berita ini tentunya mengecewakan ramai peminat Xbox One yang menantikan game itu sekian lama sejak 2017 hanya mendengar ia akan ditunda sekali lagi. Tapi janganlah risau, sementara menunggu, publisher mempunyai kejutan seperti Gears of War Battle Royale dan game baru Halo.

Bagi Crackdown 3, mungkin ia akan menyokong sistem multi-pemain. Tunggu ya update dari Team MyGameOn bermula Ahad ini.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati