DOTA 2: Valve Beri Kenyataan, Kuku Tetap Dihalang Dari Bertanding Di Chongqing Major
2018-12-04T02:22:27
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Valve Beri Kenyataan, Kuku Tetap Dihalang Dari Bertanding Di Chongqing Major

 

Selepas desas desus berkenaan ahli skuad TNC dari Filipina, Kuku yang dikatakan tidak boleh bertanding di Chongqing Major kerana memberikan komen rasis dalam perlawanan Dota 2, akhirnya Valve tampil beri kenyataan!

Kami menterjemahkan kenyataan ini kepada Bahasa Melayu. Versi Bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI.

“Kami memerhatikan situasi terkini membabitkan TNC dan Chongqing Major dan bagaimana ia disimpulkan. Pertama sekali, Kuku tak banned oleh kerajaan China. Walaupun ada yang mengatakan kedatangannya membahayakan dirinya sendiri dan akan cetuskan masalah, kami percaya kehadirannya di sana (Chongqing) tak membahayakan keselamatannya.

“Pandangan kami terhadap situasi ini ialah bagaimana pasukan bertanggungjawab menangani isu seperti ini secara profesional. Apabila mereka gagal, kami akan tampil. Walaupun pemain membuat kesilapan dan meminta maaf, ia bertambah teruk jika pasukan itu menipu ataupun untuk backup individu tersebut. TNC salah menangani isu ini dalam beberapa situasi, menyebabkan situasi ini lebih teruk dari yang sepatutnya.

“TNC menghubungi Valve pada Selasa lepas, menanyakan jika mereka akan mendapat penalti untuk point DPC jika menggantikan Kuku; Kami beritahu mereka takkan kena penalti. Kami beranggapan mereka dalam pelan untuk menggantikan Kuku dengan pemain lain. Tapi nampaknya TNC tak bertanggungjawab terhadap tindakan mereka, dan beberapa tindakan susulan untuk backup pemain, jadi kami tampil ke depan dan ban Kuku dari menghadiri acara ini. TNC bukan mangsa dalam kes ini. Untuk cover up situasi ini adalah tidak diterima, mengelak dari bertanggungjawab dan menyalahkan pada komuniti. Kami berharap mereka tak bersetuju dengan kenyataan ini.

“Pemain dan pasukan akan buat kesilapan di masa depan, dan mereka sepatutnya bertanggungjawab. Kami ingin mereka ada peluang belajar dari kesilapan, bertanggungjawab bukan bermakna membuat kesilapan tanpa ada hukuman. Dengan covering up situasi ini bukannya cara baik untuk selesaikan masalah dan ia menunjukkan kelemahan bagi TNC membuat keputusan. Selain menggantikan Kuku, kami juga akan menolak 20% dari mata DPC TNC. 

Nota editor: Nampaknya Valve benar-benar strict dalam mengenakan hukuman. Apa pendapat korang?

Baca lanjut:

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail