DOTA 2: Universe Menyertai Bekas Pasukan VGJ.Storm
2018-08-30T06:44:04
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Universe Menyertai Bekas Pasukan VGJ.Storm

 

The International adalah kejohanan tahunan Dota 2 yang menjadi penentu jika skuad itu akan kekal dengan roster sama ataupun menukar ahli di dalamnya kalau prestasi tak berapa memuaskan.

Makanya banyak lah drama yang timbul pasca The International 2018. Kali ini, ia membabitkan pasukan dan ahli yang memang kita dah kenal dah.

Resolut1on baru-baru ini mengeluarkan twit untuk umumkan barisan pasukan baru tapi tak memberitahu organisasi mana yang akan menaja mereka. Skuad baru Reso adalah seperti berikut:

 

Jika perkara ini betul, nampaknya ia adalah pasukan lama VGJ.Storm cumanya mereka menggantikan UNiVeRsE dengan SneyKing. Saahil adalah offlaner antara yang terbaik sekarang ini dan keputusan ini mungkin boleh dikatakan bijak juga. Malah, prestasi SneyKing yang kurang menyengat di TI8 baru-baru ini mungkin antara punca mereka mencari pengganti.

Dengan keputusan ini juga, nampaknya Saahil Arora akan kembali menetap di Amerika dan berlatih bersama ahli pasukannya di sana. Kemungkinan gaya hidup di tempat asal akan mempengaruhi gaya permainannya juga berbanding sebelum ini di Malaysia (Asia Tenggara).

Sumber: VPEsports

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail