DOTA 2: The Kuala Lumpur Major – Highlights Hari Ketiga
2018-11-19T02:28:57
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: The Kuala Lumpur Major – Highlights Hari Ketiga

 

Melangkah masuk saja ke Axiata Arena, Bukit Jalil, kita menyaksikan perlawanan epik antara enam skuad Dota 2 antarabangsa di The KL Major 2018. Sorakan demi sorakan dilaungkan peminat Dota 2 tempatan untuk Major Dota 2 pertama di Malaysia dan juga bagi musim Dota Pro Circuit 2018-2019!

Perlawanan pembukaan pada hari terakhir The KL Major dimulakan dengan Evil Geniuses yang bertarung untuk slot mereka di lower bracket finals. Mereka menentang wakil Russia, Virtus Pro yang jatuh ke lower bracket selepas kekalahan di tangan Team Secret. Dengan skor akhir 2-0, skuad Russia itu ingin bertempur sekali lagi dengan Team Secret di grand finals.

Draft yang agak tak masuk akal menyebabkan Team Secret tewas pada game pertama. Game kedua dan ketiga pula dimenangi oleh mereka dengan draft agak mantap tapi terpaksa akur dengan kekalahan di The KL Major pada game keempat dan kelima. Virtus.Pro dijulang sebagai juara dengan gaya permainan Ramzes666 sebagai Terrorblade, membantu VP untuk comeback pada baki kedua perlawanan akhir.

Mereka kemudiannya memenangi USD350,000 dan 4,950 mata DPC! Tahniah! Saksikan video recap hari terakhir The Kuala Lumpur Major di bawah:

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati