DOTA 2: Techies Akhirnya Boleh Dimainkan Sekali Lagi Dalam Kejohanan, Lebih Banyak Play Gila-Gila Menanti!
2018-04-27T01:09:26
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Techies Akhirnya Boleh Dimainkan Sekali Lagi Dalam Kejohanan, Lebih Banyak Play Gila-Gila Menanti!

 

Untuk sekian lama, nampaknya peminat Dota 2 boleh bersorak dah rasanya! Sebab apa? Sebab Techies akhirnya dah berada dalam Captain’s Mode! Nampaknya dalam patch terbaru 7.14 ini, semua hero Dota 2 kini boleh dimainkan dalam semua kejohanan dan mungkin The International 2018? Ya mungkin! 

Kredit gambar: Wykrhm Reddy

Tapi ini bukan kali pertama tau Techies dibenarkan dalam kejohanan. Iceiceice pernah menggunakannya di Manila Major sebelum ini:

Tapi nampaknya kali ini Valve nak pemain profesional jadi lebih kreatif dan gila-gila dengan penambahan Techies sekali lagi dalam Captain’s Mode. Adakah kita bakal melihat play yang sama dibuat Iceiceice ataupun, strategi lebih gila dan kelakar dari pasukan top-tier lain? Sama-samalah kita nantikan!

Nota editor: Kejohanan Dota 2 seterusnya ialah Epicenter XL yang akan bermula hari ini. Jadi tak hairan kalau ada pemain pro cuba mengacah peminat dengan kemahiran mereka bermain Techies di peringkat kumpulan. Fuhh tak sabar! Ini adalah patch penuh untuk 7.14. Klik SINI.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail