DOTA 2: Team Serenity Layak Ke The International 2018
2018-06-21T06:32:42
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Team Serenity Layak Ke The International 2018

 

Pasukan pertama yang berjaya menempah slot ke The International 2018 melalui pusingan kelayakan terbuka dah ditentukan – mereka adalah Team Serenity dari China.

Terdapat dua slot disediakan untuk China bagi TI 8 kali ini. Selepas kelayakan terbuka berakhir dan 7 pasukan menyertai Invictus Gaming di kelayakan serantau, kita ditinggalkan dengan hanya 4 di playoffs: Mereka adalah For The Dream, LGD Forever Young, Team Serenity dan iG. 

LFY yang juga dianggotai seorang wakil Malaysia, Ah Fu bagaimanapun gagal untuk melepasi upper bracket. Untuk iG pula, walaupun mereka dapat jemputan terus ke kelayakan serantau ini, tak cukup untuk mereka memenangi apa-apa.

Serenity yang juga dianggap sebagai Wings Gaming (underdog), mereka memenangi 2-1 ke atas iG dengan Queen of Pain bersama Blink Dagger dalam perlawanan pertama. Team Serenity akan ditemani satu lagi wakil China yang akan ke The International 8 (antara iG dan LFY yang akan berlawan di lower bracket).

Boleh dikatakan pasukan ini tak dianggotai star player dan bagaimanapun masih mampu mempamerkan prestasi memuaskan sepanjang kelayakan.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati