DOTA 2: Saya Tak Menolak Peluang Untuk Bermain Di Peringkat Antarabangsa Sekali Lagi – InYourDream
2018-01-19T01:30:30
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Saya Tak Menolak Peluang Untuk Bermain Di Peringkat Antarabangsa Sekali Lagi – InYourDream

 

Pusingan kelayakan Asia Pacific Predator League 2018 bagi kategori Indonesia berakhir dengan meriah sekali apabila pasukan pilihan, Boom ID dinobatkan sebagai juara. Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak 40 juta Rupiah (RM11, 857) dan terus layak ke pusingan akhir, hari ini.

Penulis juga berpeluang menemu ramah bekas pemain Fnatic, Muhammad Rizky Anugrah atau lebih dikenali sebagai InYourDream. Ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah, Rizky berkata, dia lebih selesa bermain dengan pasukan Boom ID sekarang.

“Saya kenal mereka kerana banyak main dalam pub dan tournaments sebelum ini. Dari situ saya rapat dengan mereka (Boom ID) dan mula main bersama sejak meninggalkan Fnatic,”

Rizky juga menyatakan hasratnya untuk layak ke The International 2018. Oleh itu, buat masa sekarang dia ingin tumpukan perhatian kepada kejohanan Major.

“Sejujurnya ada banyak pasukan antarabangsa nak ambil saya untuk sertai mereka sebagai mid player dan carry tapi saya kena utamakan pelajaran terlebih dulu pada masa itu jadi hasrat tu terpaksa dibatalkan.

“Macam mana pun sekarang saya lega kerana terus meraih kejayaan bersama pasukan ini. Tapi kalau diberi peluang untuk bermain bagi pasukan profesional antarabangsa pada masa akan datang, saya tak menolak kemungkinan untuk sertai bagi mencabar diri melangkah ke peringkat lebih tinggi dalam arena Dota 2,”

Penulis sangat memahami keputusan Rizky kerana mengikut playstyle dan pencapaiannya sebagai pemain nombor satu rantau Asia Tenggara yang meraih 9,000 MMR, dia pastinya ingin terus lebarkan sayap ke peringkat lebih tinggi. Itu memang menjadi impian semua pemain profesional e-sukan.

Sementara itu, Pengurus Boom ID, Brando Oloan turut menyatakan Rizky kini tidak lagi menyambung pengajian dan ingin fokus kepada komitmen pasukannya selain tinggal bersama mereka.

Beliau juga sentiasa bersedia jika Rizky memilih untuk bermain bagi pasukan antarabangsa suatu hari nanti.

“Saya tak menafikan perkara itu kerana dia amat berbakat. Bagaimanapun pada pendapat saya, masalah komunikasi mungkin timbul dan dia kerap juga mengalami homesick. Jika masalah tu dapat diatasi, saya percaya dia boleh pergi jauh,”

Boom ID akan bertarung bersama beberapa finalis lain daripada rantau Asia Pasifik pada hari ini. Team MyGameOn akan berkongsi lanjut mengenai perkembangan pasukan ini dan juga pasukan negara, Geek Fam. Nantikan!

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating