DOTA 2: Pemain Pudge Boleh Bersorak! Arcana TI7 Itu Kini Rasmi Dilancarkan
2018-04-04T06:43:17
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Pemain Pudge Boleh Bersorak! Arcana TI7 Itu Kini Rasmi Dilancarkan

 

Penantian sekian lama untuk Pudge Arcana dah pun berakhir! Macam mana, excited tak?

Valve baru saja mengeluarkan item “Feast of Abscession”, satu Arcana yang memenangi undian dari komuniti dalam Compendium tahun lepas untuk The International 7.

Pudge Arcana menambah 9 efek dismember bergantung kepada hero yang ditangkap Pudge: daging, ethereal, ais, elektrik, batu, api, besi, goo dan kayu. Ia juga memperkenalkan Hook Streak Counter dan menambahkan suara dengan 100 respons berbeza.

Ia boleh dibeli dengan harga AS$34.99 di Dota 2 Store. Pudge Arcana bundle akan memasukkan taunt untuk hero dan lebihan perk kepada pemain.

Korang boleh tengok senarai perubahan dan efek yang terdapat pada Pudge Arcana di SINI.

Pudge dan Rubick adalah 2 finalis dalam TI 7 Arcana Votes dan butcher ini memenangi dengan 8711 undian, 50.008% kepada 49.992% (sangat sengit) jadi sebab itulah Valve menambah upgrade iaitu stail berwarna hijau. Korang hanya perlu menang 12 game dengan syarat Rubick ada dalam game lawan korang.

Sumber: VPEsports

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail