Dalam pasukan profesional Dota 2, biasanya mereka mendapat tawaran penajaan seperti bootcamp, gaji bulanan dan beberapa insentif lain. Kebiasaannya, itulah impian setiap pemain profesional bagi memastikan kewangan dan masa depan mereka terjamin.
Kalau nak diikutkan, bermain bersama di bawah satu bumbung mampu eratkan lagi silaturahim dan keserasian sesama players. Tapi bagaimana pula dengan pasukan baru ditubuhkan dan tidak pernah berlatih bersama-sama di bootcamp?
Itulah keunikan pasukan SEA Reject atau kini dikenali sebagai PG Supernova. Ini fakta penting mengenai mereka

PENGURUS Pasukan SEA Reject, Azmi Shamsuddin
Pengurus pasukan, Azmi Shamsuddin, 23, berkata, ahli pasukan lebih selesa berlatih secara dalam talian.
“Kelebihan pasukan ini ialah mereka selesa berlatih bersama-sama dalam talian kerana masing-masing know each other dan kerap main ranked sama-sama. Disebabkan tak ada jurulatih dan penganalisis, biasanya team ini akan berbincang sendiri untuk menilai kesilapan selepas post-match. Itu antara cabarannya.
“Saya rasakan pasukan ini lebih berkeyakinan kerana mereka boleh main bersama-sama tanpa ada masalah. Jika ada kesilapan sekali pun, semuanya ‘sekepala’ dan tak ada ego atau rasa tak puas hati. Masing-masing bertolak ansur. Itu antara kelebihan pasukan ini.
Azmi menambah, apa yang paling penting dalam penubuhan pasukan Dota 2 ialah keserasian. Pemain juga tak boleh gelap mata dan tak fikirkan keselesaan bersama ahli pasukan.
“Sebab utama pasukan profesional lain selalu konsisten adalah kerana faktor keserasian dibina bersama. Sebagai contohnya VP. Mereka sudah melanjutkan kontrak kerana sudah selesa sesama sendiri dan bagai sebuah keluarga.
“Lagipun, jika mereka (SEA Reject) sudah lama main bersama, ia menjadi mudah apabila mereka mula berjumpa kelak. Kalau ada rasa tak puas hati, mereka akan selesaikan dengan cara baik kerana ini akan memberi kesan kepada mood dan prestasi dalam perlawanan.
“Jika perkara asas ini tak dapat diselesaikan terlebih dahulu, sesebuah team sudah pasti tidak dapat ke peringkat seterusnya seperti teknikal game dan sebagainya. Itu pengalaman yang saya pelajari sebelum ini,”
Menurut Azmi, dia sebagai pengurus turut bertanggungjawab memastikan hak pemain dipenuhi.
“Saya pernah menjadi pengurus bagi pasukan yang ditaja. Tapi kali ini berlainan. Semua perkara termasuklah penajaan seperti tiket penerbangan dan penginapan perlu dibuat sendiri.
“Pada usia muda, saya anggap ia satu cabaran. Dari situ saya memikirkan cara untuk mendapatkan tajaan bagi pasukan ini. Alhamdulillah, Pondok Gaming dari Indonesia bersetuju untuk menaja tiket penerbangan bagi pemain ini terutamanya dari Indonesia dan Australia agar dapat menghadiri Zotac Cup Premier Malaysian Final dua minggu lagi,”
Berikut adalah player profile untuk setiap ahli SEA Reject:

DARI kiri: Loyd, Godot, 2hoi, Splicko dan Neah
1. Muhammad Ammar Rasulli
IGN: Kaito1412 /Neah
Posisi: 1/2 (bergantung kepada situasi)
MMR terkini: 7231 (SEA)
Warganegara: Malaysia
2. Loyd Yoong Binjie
IGN: Loyd
Posisi: 4 (bergantung kepada situasi)
MMR terkini: 7300 (SEA)
Warganegara: Malaysia
3. Darcy Jose
IGN: Godot
Posisi: 3
MMR terkini: 7091 (SEA)
Warganegara: Australia
4. Nick Capeski
IGN: Splicko
Posisi: 1/2 (bergantung kepada situasi)
MMR terkini: 7588 (SEA)
Warganegara: Australia
5. Chang Tu Hai
IGN: 2hoi
Posisi: 5
MMR terkini: 7200 (SEA)
Warganegara: Indonesia
Penulis harapkan yang terbaik untuk pasukan baru ini dan moga mereka lebih berjaya pada masa akan datang. Goodluck!

FINAL Malaysian Qualifier Zotac Cup Premier. FOTO: Zotac
Dapatkan info mengenai tournament Zotac Cup Premier di sini.