DOTA 2: Geek Fam Berjaya Ke Grand Final Asia Pacific Predator League 2018!
2018-01-20T14:33:59
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Geek Fam Berjaya Ke Grand Final Asia Pacific Predator League 2018!

 

Selepas perlawanan sengit di upper bracket final, akhirnya pasukan negara, Geek Fam berjaya mengalahkan pesaing terkuat Indonesia, Boom ID dengan markah 2-1 dan layak ke Grand Final!

Dalam format Best Of 3 itu, Geek Fam mempamerkan prestasi cemerlang pada perlawanan pertama dan ketiga. Korang boleh lihat perlawanan lepas di Facebook rasmi mereka. Rujuk juga gambar di bawah untuk draft yang digunakan. 

PERLAWANAN pertama. FOTO: Geek Fam

PERLAWANAN kedua. FOTO: Geek Fam

PERLAWANAN ketiga. FOTO: Geek FAM

Geek Fam akan bertembung dengan Boom ID sekali lagi di final jika skuad Indonesia itu menang di pusingan lower bracket esok. Nantikan pengumuman dari MyGameOn esok!

Asia Pacific Predator League 2018 yang dibawakan oleh Acer mengumpulkan 8 pasukan dari Asia Tenggara dalam merebut wang tunai AS$150,000 yang berlangsung sehingga esok.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati