DLC Hot Wheels Bagi Rocket League Diumumkan
2018-09-18T07:11:38
By: Hazril Md Nor

DLC Hot Wheels Bagi Rocket League Diumumkan

 

Rocket League biasanya tak mempunyai DLC yang cukup mengancam tapi hari ini Psyonix mengumumkan Hot Wheels akan menjadi sebahagian dari permainan itu untuk dinikmati peminat.

Hari ini, developer mengumumkan Hot Wheels Triple Threat DLC Pack akan dilancarkan di kesemua konsol dan juga PC pada 24 September. Ia akan memperkenalkan tiga Battle Car baru dan juga tema Toppers untuk mainan klasik itu. Harganya pula adalah $5.99.

Ini adalah senarainya:

Tiga Battle-Cars Premium: Gazella GT, MR11 dan Fast 4WD

Empat pelekat untuk setiap Battle-Cars

Toppers Gorilla, Snake dan Spider

Korang boleh perhatikan kereta ini beraksi dalam trailer di bawah:

Rocket League dilancarkan di Xbox One, PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail